Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada pelanggan yang menggunakan Dropbox Basic, Plus, Family, Professional, Essentials, Business, Business Plus, Standard, Advanced dan Enterprise.
Pengguna Dropbox boleh menghantar permintaan fail untuk mengumpul fail daripada anda, walaupun anda tidak mempunyai akaun Dropbox.
Artikel ini menerangkan cara menghantar fail melalui permintaan fail dan menjawab beberapa Soalan Lazim tentang permintaan fail.
Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi fail dan folder dengan mudah.
Anda mungkin menerima permintaan fail dalam e-mel atau sebagai pautan. Untuk menghantar fail kepada pengguna Dropbox melalui permintaan fail:
Tanda rait hijau akan muncul untuk menunjukkan bahawa anda telah berjaya memuat naik fail anda.
Jika anda menerima permintaan fail, ini bermakna seseorang yang mempunyai akaun Dropbox ingin mengumpul fail daripada anda.
Anda tidak memerlukan akaun Dropbox, atau perlu mendaftar masuk ke akaun Dropbox, untuk membalas permintaan fail. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai akaun Dropbox, anda boleh log masuk dan memuat naik fail terus daripada akaun anda.
Jika anda menerima jemputan permintaan fail di dalam peti masuk anda, e-mel itu akan menyertakan maklumat jika terdapat tarikh akhir untuk memuat naik fail anda. Ini apa yang anda patut tahu mengenai tarikh akhir:
Jika anda menunggu jemputan permintaan fail tetapi tidak menerimanya, cuba langkah yang berikut:
Jika anda memuat naik fail yang salah, anda boleh menggunakan permintaan fail yang sama untuk memuat naik fail yang betul. Kedua-dua versi akan dihantar kepada orang yang meminta fail.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda melihat mesej ralat semasa cuba memuat naik fail kepada permintaan fail. Ini beberapa mesej ralat yang anda mungkin lihat dan bagaimana untuk membaikinya:
Jika permintaan fail dicipta oleh pengguna Dropbox Basic, Plus, atau Family, anda hanya boleh memuat naik fail hingga 2 GB. Untuk fail yang lebih besar daripada 2 GB, pertimbangkan untuk menggunakan pautan kongsian.
Perhatian: Permintaan fail yang dicipta oleh pengguna dalam Dropbox Professional, Essentials, Business, Business Plus, Standard, Advanced dan Enterprise boleh menerima fail bersaiz hingga 250 GB.
Minta pengumpul fail untuk menyemak jumlah ruang yang mereka ada dalam akaun Dropbox mereka.
Jika pengumpul fail mempunyai ruang yang cukup dalam akaun Dropbox mereka dan saiz fail kurang daripada 2 GB, cuba muat naik ke permintaan fail dalam pelayar baru (Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Safari) ataupun dalam tetingkap pelayar incognito/sulit.
Anda juga boleh mengosongkan cache pelayar anda dan cuba semula memuat naik fail.
Ya, terima kasih!
Tidak juga
Let us know how why it didn't help:
Thanks for letting us know!
Terima kasih atas maklum balas anda!
Anda boleh kongsi pautan kepada salinan fail terus dari lambang Dropbox untuk dikongsi dalam e-mel, mesej, kiriman blog dan banyak lagi. Ketahui caranya.
Anda mungkin boleh berkongsi subfolder di dalam folder kongsian, bergantung pada keizinan anda. Ketahui tentang perkongsian subfolder dan keizinan subfolder.
Ketahui cara melihat dan menguruskan penghantaran yang telah anda hantar atau terima dengan Dropbox Transfer, termasuk melihat pratonton, menghapuskan dan memuat turun penghantaran anda.
Mudah sahaja untuk anda menghantar fail melalui pautan kongsian atau e-mel dengan Dropbox Transfer. Ketahui cara mencipta, menyesuaikan dan membuat penghantaran dengan selamat.