Cara melihat sejarah versi fail
Untuk melihat sejarah versi fail:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Layangkan tetikus di atas fail atau folder yang ingin dilihat sejarah versinya.
- Klik “…” (elipsis).
- Layangkan tetikus ke atas Aktiviti.
- Klik Sejarah versi.
Cara melihat sejarah versi folder
Folder khusus
Untuk melihat sejarah versi bagi folder tertentu dan subfoldernya:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Buka folder yang ingin dilihat sejarahnya.
- Klik “…” (elipsis).
- Klik Aktiviti folder.
Anda akan melihat senarai sebarang perubahan yang dibuat pada folder itu, daripada yang paling baru hingga yang paling lama.
Semua folder
Untuk melihat sejarah versi semua folder dalam akaun Dropbox anda:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Di sebelah Semua fail, klik ikon gear.
- Klik Aktiviti folder.
Anda akan melihat senarai sebarang perubahan yang dibuat pada fail dan folder dalam akaun Dropbox anda, daripada yang paling baru hingga yang paling lama.