Cara mendayakan pengesahan domain dan penguatkuasaan jemputan
Wujudkan pemilikan domain
- Log masuk ke dropbox.com menggunakan kelayakan pentadbir anda.
- Klik Konsol Pentadbir dalam bar sisi di sebelah kiri.
- Klik Tetapan.
- Di bawah Ahli, klik Domain.
- Klik Tambah domain.
- Masukkan domain organisasi yang anda ingin sahkan pemilikannya.
- Pilih satu daripada tiga kaedah pengesahan.
- Tambah tag meta
- Muat naik fail HTML
- Cipta rekod TXT
- Ikut arahan pada skrin—setelah anda melengkapkan pengesahan, anda akan menerima e-mel yang memaklumkan anda bahawa pemilikan domain anda telah berjaya.
Kaedah pengesahan yang manakah sesuai untuk saya?
Terdapat tiga cara berbeza anda boleh mengesahkan domain anda:
- Tambah tag meta
- Muat naik fail HTML
- Cipta rekod TXT
Untuk mana-mana dua pilihan yang pertama (menambah tag meta atau memuat naik fail HTML), kemungkinan besar anda memerlukan akses untuk mengubah suai kod pada laman web anda. Ini adalah pilihan selamat dan agak cepat, disebabkan Dropbox akan dapat melihat perubahan sebaik sahaja ia berlangsung pada laman web anda.
Jika anda tiada akses untuk mengubah suai laman web anda secara langsung, atau anda tiada laman web yang dihoskan pada domain yang anda ingin sahkan, anda boleh mencipta rekod TXT pada laman web hos domain anda.
Kebanyakan perkhidmatan hos domain sepatutnya mempunyai fungsi ini, namun begitu, langkah khusus pada setiap perkhidmatan akan berbeza. Jika anda tidak dapat mencari langkah-langkah untuk mengubah suai konfigurasi DNS anda, sila hubungi pasukan sokongan atau dokumentasi hos domain anda untuk bantuan. Dropbox tidak dapat menyediakan sokongan hos domain.